Community Engagement – Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro 2022
16 April 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS BERNAS merupakan program tahunan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Daro. Program ini telah dihentikan seketika akibat penularan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 yang lepas dan berjaya dianjurkan semula pada tahun ini setelah negara memasuki Fasa Peralihan kepada Endemik. Seperti program yang lepas, program pada tahun ini dianjurkan secara berperingkat di setiap 10 buah kampung di bawah SABERKAS Cawangan Daro bermula 15 April 2022 sehingga 26 April 2022.
Dimulakan di Kampung Tebaang dan seterusnya Kampung Badong, Kampung Panchur, Kampung Masjid, Kampung Pangtray, Kampung Lemang Pek, Kampung Tengah, Kampung Nangar, Kampung Itol dan berakhir di Kampung Baru, pihak SABERKAS telah berjaya mengagihkan lebih 3,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai menerusi program sempena bulan Ramadan yang diadakan secara berperingkat di seluruh kampung di dalam kawasan Tanah Besar Daro.
Setiap 10 Unit mengikut kampung di bawah Saberkas Cawangan Daro telah diberi mandat untuk mengelola program tersebut di setiap kampung. Untuk Saberkas Unit Kampung Masjid yang dianggotai dan disertai oleh En, Sahahan yang juga selaku Pengurus PEDi Daro, program tersebut berjaya dikelolakan pada 12 April 2022 dengan kerjasama daripada JKKK Kg Masjid, JKP Masjid Al-Muhsiniin serta penduduk kampung.
Penyerahan pek bubur lambuk untuk Unit Kampung Masjid disempurnakan di Hadapan Masjid Al-Muhsiniin oleh Pengerusi Saberkas Cawangan Daro sendiri yang juga selaku ADUN N.43 Daro dan Setiausaha Kehormat Saberkas Sarawak, En. Safiee bin Ahmad bersama-sama dengan Ahli Parlimen P.207 Igan, En. Johny bin Hj. Zawawi sebaik sahaja selepas solat asar.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara Saberkas Cawangan Daro bersama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memupuk semangat saling bekerjasama antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: